28 Apr 2011

Tips menjaga Emas Sadur

TIPS MENJAGA AKSESORI EMAS SADUR SUPAYA TAHAN LAMA

1- Lap aksesori setiap kali selepas memakainya dengan menggunakan kain lembut seperti kain kotton atau tisu untuk membuang minyak semulajadi atau peluh dari kulit yang boleh melekat ke atas aksesori anda.
2- Elak menggunakan kain polister atau kain berbulu kasar yang boleh menyebabkan aksesori anda tercalar.
3- Aksesori ini boleh dicuci untuk menghilangkan debu-debu kecil dengan mencelup ke dalam campuran air sabun yang rendah PH bersama air suam.
4- Rendamkan beberapa minit dan keringkan sepenuhnya sebelum ia disimpan.
5- Jangan sesekali menggunakan klorin atau bahan peluntur ke atas aksesori anda, dan tanggalkan ia sekiranya anda ingin membuat kerja mencuci menggunakan produk yang mengandungi klorin.Ia menyebabkan aksesori anda mudah rosak dan tidak boleh dibaiki.
6- Elakkan juga terkena losyen dan minyak wangi beralkohol atau sebarang bahan kimia.
7- Simpan aksesori di dalam kotak atau dibalut dengan tisu.Elakkan terdedah kepada cahaya matahari secara terus dan haba yang tinggi.
8- Tanggalkan aksesori anda apabila berkebun,membuat kerja pembaikian,mengangkat berat,bersukan dan berenang.
9- Menggunakan alat pencuci khas untuk barang kemas atau aksesori bagi menjamin ketahanan dan kualitinya terjamin.

1 comments:

hilmi zakaria said...

NICE SHARED!!

www.chessmaster1993.blogspot.com
(link me back , follow if you interest)

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates