Showing posts with label Tips Mama. Show all posts
Showing posts with label Tips Mama. Show all posts

28 Apr 2011

Tips menjaga Emas Sadur

TIPS MENJAGA AKSESORI EMAS SADUR SUPAYA TAHAN LAMA

1- Lap aksesori setiap kali selepas memakainya dengan menggunakan kain lembut seperti kain kotton atau tisu untuk membuang minyak semulajadi atau peluh dari kulit yang boleh melekat ke atas aksesori anda.
2- Elak menggunakan kain polister atau kain berbulu kasar yang boleh menyebabkan aksesori anda tercalar.
3- Aksesori ini boleh dicuci untuk menghilangkan debu-debu kecil dengan mencelup ke dalam campuran air sabun yang rendah PH bersama air suam.
4- Rendamkan beberapa minit dan keringkan sepenuhnya sebelum ia disimpan.
5- Jangan sesekali menggunakan klorin atau bahan peluntur ke atas aksesori anda, dan tanggalkan ia sekiranya anda ingin membuat kerja mencuci menggunakan produk yang mengandungi klorin.Ia menyebabkan aksesori anda mudah rosak dan tidak boleh dibaiki.
6- Elakkan juga terkena losyen dan minyak wangi beralkohol atau sebarang bahan kimia.
7- Simpan aksesori di dalam kotak atau dibalut dengan tisu.Elakkan terdedah kepada cahaya matahari secara terus dan haba yang tinggi.
8- Tanggalkan aksesori anda apabila berkebun,membuat kerja pembaikian,mengangkat berat,bersukan dan berenang.
9- Menggunakan alat pencuci khas untuk barang kemas atau aksesori bagi menjamin ketahanan dan kualitinya terjamin.

Tips Ukur saiz Cincin & Gelang

TIPS MENGUKUR SAIZ GELANG DAN RANTAI TANGAN

1- Ambil benang atau tali, ikat pada pergelangan tangan anda mengikut anggaran dan keselesaan anda.
2- Ikat benang atau tali tersebut dan tandakan pada penghujungnya.
3- Ambil pembaris dan ukur pada hujung kedua-dua bertemu.Anda akan dapat hasilnya. Contoh 15cm, 18 cm.

Selamat mencuba.Jumpa mama pada tips akan datang!


TIPS MENGUKUR JARI UNTUK SAIZ CINCIN ANDA

1- Ukurla jari anda pada waktu kering, sebaiknya tengahari kerana waktu ini biasanya jari mengembang
2- Lilitkan benang pada jari berkenaan dan ukur benang itu dengan pembaris pada kedua-dua hujung bertemu.
3- bahagikan nilai tersebut dengan 3.14 untuk mendapatkan saiz cincin
Contoh:
5.0 - 5.3cm = saiz 16
5.9 - 6.1cm = saiz 17

Template by:

Free Blog Templates